Apa itu Kolesterol?

Kolesterol-image

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Koles-liver

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah penyakit jantung. Apabila kandungan kolesterol tinggi dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya berlaku pada arteri yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung.
images-15
Apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, pengelihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini berkaitan dengan atherosclerosis. Gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.
images-14
Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya.
Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan. Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.

Jenis-jenis kolesterol

images-2

Jenis-jenis kolesterol yang utama ialah :

· LDL (low-density lipoprotein). Ia juga dikenali sebagai kolesterol jahat. Sekiranya jumlahnya meningkat di dalam saluran arteri, kemungkinan untuk mendapat serangan sakit jantung akan meningkat.

· HDL (high-density lipoprotein). Ia juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ia dipercayai membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam darah. Kandungan HDL yang tinggi akan melindung anda daripada serangan sakit jantung dan mengurangkan risikomendapat penyakit berkaitan dengan jantung.

· Triglycerides. Individu yang mempunyai triglycerides yang tinggi mungkin juga mempunyai LDL yang tinggi atau HDL yang rendah.

Kandungan kolesterol yang ideal

Carta di bawah menunjukkan kandungan kolesterol untuk individu yang sihat dan individu yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi. Carta di bawah adalah berdasarkan kepada jumlah keseluruhan kolesterol (iaitu LDL + HDL + Triglycerides).

Jenis bacaan

mmol/l

mg/dl

Baik

<>

<>

Sederhana

5.2 – 6.5

200 – 250

Tidak baik

> 6.5

> 250

Untuk individu yang sihat, kandungan LDL seharusnya tidak melebihi 3.3 mmol/l (130mg/dl). Kandungan HDL pula sepatutnya melebihi 0.9mmol/l (35mg/dl).

Untuk menukar mmol/l ke mg/dl gunakan formula ini :

38.6 x mmol/l = mg/dl

Apakah risiko-risiko sakit jantung

Antara risiko-risiko mendapat sakit jantung ialah :

  • LDL tinggi
  • HDL rendah
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Kencing manis
  • Berat badan berlebihan
  • Usia yang meningkat
  • Keturunan
  • Wanita yang telah menopause
  • Kandungan homocysteine yang tinggi (sila lihat rencana berkaitan)

Apakah langkah-langkah untuk mengurangkan kolesterol ?

Penukaran di dalam pemakanan dan cara hidup anda kadang-kala sudah cukup untuk mengurangkan kadar kolesterol ke tahap baik. Kadang-kala ia perlu disertakan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Pemakanan :

  • Pengambilan lemak tepu (daging, makanan berasaskan susu, minyak kelapa, santan, dsb) hendaklah dikurangkan.
  • Ambil makanan yang tinggi dengan kandungan serat (fibre) seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dsb.
  • Gantikan pengambilan susu biasa dengan susu rendah lemak atau tanpa lemak.
  • Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak asid tidak tepu (mono- dan poly-unsaturated fatty acids).

Cara hidup :

  • Senaman yang mencukupi meningkatkan kandungan HDL
  • Hentikan pengambilan alkohol
  • Hentikan tabiat merokok

Suplemen yang sesuai untuk kawal kadar kolesterol

Lecithin

Lecithin penting untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids). Memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

GLA_Complex

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vita-E

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri. Menguatkan imuniti tubuh. Memperlahankan proses penuaan.

OmegaGuard

OmegaGuard  dapat membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal yang dapat melindungi jantung kita. Selain itu, ia juga dapat menbantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 DHA dan EPA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Disamping itu, penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.

Contoh-contoh kandungan kolesterol dalam makanan

Makanan (setiap 100 gram)

Kolesterol (mg)

Daging lembu 58 – 99
Daging ayam (tanpa kulit) 27 – 73
Daging ayam (berkulit) 64 – 105
Hati ayam 256
Butter 120
Cheese 39
Susu tepung biasa 61
Ais krim 45
Coklat bar 18
Ikan bilis 308 – 325
Sardin dalam tin 119
Udang (dengan kepala) 74 – 160
Udang kering 321
Gamat 0
Lobster 85
Margerine lemak haiwan 50
Margerine lemak tumbuhan 0
Minyak kacang / jagung 0
Telur 306
Telur kuning 1076
Telur putih 0

Pertanyaan lanjut & Order:
# Yazid Ahmad
# Shaklee ID : 830022
# SMS | WhatsApp : 012-2180781
# BBM : 2A64BDFD
# Email : genkipappa@gmail.com
# Blog : http://masalahkolesterol.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s